Wednesday, November 30, 2011

KITA ACCIDENT...

So long never update "NIENA_FARRAH'S TERITORY" ~ ~ lalala... ( Reason : Busy like nobody bussiness. )
Perasan macam popular like artis gitu....... Owh!! Its ok, sekali-sekala tidak mengapa.... =)
Since dah lama tak meng'update' ini blog, kita nak la jugak update tapi no ideas laaaa....

* Think and think and think!!! Tup!!!!! Yeah!!!*

Few days ago, kita accident la tapi bukan kita la, kereta kita ok.. Masa tu kat Petronas nak menambah makanan kereta. Makanan kereta??? Kereta pun ada makanan ker? Sure la ada, kalau habis tak berjalan la dia melainkan ada yang rajin nak tolak... The one and only one yang drive my car is Mr. Hazwan kita la, sapa lagi. 

Before isi makanan kereta , kitorang park kat depan kedai petronas tu sebab nak withdraw duit. So, kita pon turun dulu, while he reversed the car nak keluar dari parking space and nak gi kat petrol pump. Baru je reverse, suddenly datang la satu kereta halimunan kat belakang... Bang!!! Terkejut kita tau. Terus stop jalan, pandang belakang. Tengok kita punya kekasih hati ok ke tak. Then, pergi belakang kereta tengok kereta orang yang kene langgar. After that baru my car.. My car tak de pape pon. Calar dalam 1cm kot.kih3.. Tapi kereta cinapek tu pintu belakang dia kemek la ( macam tu ke eja??).. Owh, no!! Minah cinapek tu macam blur blur ayam gitu. Kalau kene tipu pon sah percaya..hahaha..

"Tapi kita dua baik kan sayang???"

Tak boleh blaa sangat-sangat dia boleh tanya nak gi police station or settle personal sebab kalau pergi police station kena saman.. Aku pon iye kan jela. Padahal nak tergelak. Tak adanya nak kene saman!!!hahaha..
So, kitorang bawa dia gi bengkel and tanya orang kedai tu bapa kene for repair. RM280 melayang gitu je..haha.. Tapi bukan duit kita la, duit Mr. Hazwan la.. Sian dia..

Tadi dah terbantut nak bagi kereta makan. So,again the same petronas kitorang pergi nak isi makanan kereta. Then, one worker there datang tanya dah setel belum. Then, kita pon tanya la macam mana boleh terlanggar tadi. So, dia pon membuka mukaddimah dengan menyatakan bahawa elok sahaja kereta kita reverse serentak cinapek tu masuk petronas dari simpang...hahaha... Yang tak leh blanye,punya besar laluan, nak juga dekat-dekat ngan bontot kereta yang park kat situ..huhu..

Sampai di sini sahajalah perjalanan cerita ini..

Assalamualaikum........ Waalaikumussaalam wbt....

p/s : Entah apa yang aku merepek ni la. Maaf yerk andai ada yang tak suka.Tapi nak kisah apa, ini blog sapa. Suka hati la nak tulis apa... Peace no war!!

Monday, November 14, 2011

PERMINTAAN YANG TERLALU BESAR...

Aku tidak berharap menjadi orang terpenting dalam hidupmu 
kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar...
Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku...
Kau akan tersenyum dan berkata....
" Dialah orang yang selalu menyayangiku....."

Pasti kawan-kawan pernah dengarkan ayat tersebut?? Sangat best and nice susun atur ayat tu.. Fall in love edy.. 
Any meaning beside the sentences? For me yes!!! Yes!! Yes!! How about u all girls / guys?? Lets share........

Susahkan kalau kita selalu berharap untuk menjadi orang terpenting dalam kehidupan seseorang? Bagi kita memang sangat susah.. Macam mana penting pun kita dalam kehidupan seseorang bila tiba satu situasi yang memerlukan pilihan, pasti sukar untuk decide. Sebab dalam kehidupan setiap insan bukan seorang sahaja orang penting dalam kehidupan dia.. Anda setuju??

Contoh situasi : Berlaku kemalangan, ada dua nyawa yang perlu diselamatkan oleh suami / isteri. Sama ada sisuami mahu menyelamatkan isteri atau anaknya... Selain itu, situasi perlu memilih emak atau isteri / suami..

So, apa pandangan anda? Fikir-fikirkan lah.. Selamat beramal..hehehe.. (Tiru ayat orng plak..)

Jadi bagi kita biarlah orang tersebut cukup sekadar tahu bahawa kita menyayanginya dengan setulus hati dan tahu menghargai kita dengan seadanya. Mampu menerima kekurangan dan kelebihan kita dengan seadanya.

p/s: Rindunya my parents and siblings!! Damn much!!

Tuesday, November 1, 2011

ANDAI AKU PERGI DULU...

ANDAINYA AKU PERGI DULU - Alleycats

Andainya aku pergi dulu sebelummu,
Janganlah kau bersedih hati,
Andainya aku tiada lagi disisimu,
Janganlah kau memencil diri,
Bayangkanlah masa-masa bahagia,
Semasa engaku dan aku,
Bermesra di langit biru,
Di waktu kasih berpadu...

Andainya engkau pergi dulu sebelumku,
Mestikah aku hidup melara,
Andainya engkau tiada lagi disisiku,
Mestikah aku kecewa..

Ku percaya kau selalu disisiku,
Walaupun jasadmu tiada,
Walau di mana kau berada,
Kasihku takkan berubah..

Di pohon cemara ku ukir kata cinta,
Bulan tersenyum dan bersinar,
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu, 
Meraikan suasana indah,
Di sini ku berjanji disaksikan rembulan, 
Andainya ku pergi dulu,
Jikalau ku pergi dulu,
Ku nantimu di pintu syurga.................

~ Insyaallah...~

p/s: Lagu ni best sgt2... Ingat yerk Mr. Hazwan "andai aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati...." =)
Huhuhu....