Sunday, August 21, 2011

TOMATO OH TOMATO...

Assalamualaikum wbt... ( Silalah jawab dengan lafaz "Walaikummussalam wbt..." )

Kisah semalam.............................
Semalam try buat nasi tomato.. 1st time nak buat tau.. So, rasa cam excited pon ada.. Sekali-sekala ubah selera waktu berbuka..huhu..
Ok, kepada yang tak tahu macam mana nak masak nasi tomato.. Ni resipinya k...

BAHAN-BAHAN :

  • Nasi -
  1. Beras ( Brand yang anda suka la..)
  2. Puri tomato ( Ada jual kat mana-mana supermarket / kedai runcit..yg dalam tin tu..)
  3. Sebatang serai (di ketuk)
  4. Bunga cengkih.
  5. Kayu manis
  6. Susu cair
  7. Buttercup /  mejerin (mana yang anda prefer la...)
  8. Bawang besar, bawang putih (bergantung pada anda nak guna banyak mana, dipotong halus dan kecil)
  • Ayam masak merah -
  1. Ayam (bergantung pada anda dan berapa orang makan..)
  2. 1 @ 2 batang serai (diketuk)
  3. Halia (bergantung sebanyak mana yang anda mahukan.)
  4. Cili boh / cili kisar
  5. Bawang merah, bawang putih (bergantung pada anda nak guna banyak mana, dikisar/tumbuk sehingga hancur).
  6. Cili padi (mengikut tahap kepedasan yang dinginkan, ditumbuk/dikisar)
Cara penyediaan nasi tomato :
  • Masukkan sedikit buttercup / majerin. Tunggu sehingga panas dan masukkan bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, kayu manis dan serai sehingga naik bau.
  • Masukkan puri tomato bergantung pada sukatan nasi anda.. Masuk sedikit demi sedikit. Tunggu sebentar. Masukkan sedikit susu cair. Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
  • Kemudian, masukkan air mengikut sukatan beras anda. Tunggu sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, masukkan beras anda dan kacau. Biarkan seketika.. Sekali-sekala tengok la dan kacau supaya warnanya sekata.
Cara penyediaan ayam masak merah : 
  • Goreng ayam sampai separuh masak sahaja. (Kalau tak nak pun tak apa).
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih,cili padi yang telah dikisar / ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh / cili kisar dan halia, serai. Masak sehingga merah dan kering sedikit. (agak-agak la yerk).
  • Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan ayam dan tunggu sehingga masak dan kering sedikit. Kalau nak kua banyak letak air banyak la ye sayang-sayang sekalian..
  • ** Certain orang suka letak sos cili and tomato sedikit..terpulangla pada anda. Kadang-kadang saya letak, kadang-kadang tak.hehe..
** Lain orang, lain cara penyediaannya.. Jadi terpulanglah pada anda.. 
** Saya suka masak tanpa mengikut sukatan dalam erti kata agak-agak baru tahu nak macam mana dan mengikut selera kita.. huhu..

  • Kalau nak lagi best, buat la jelatah.. Nama lain saya tak tahu..hehe..
  • So,saya tak berapa suka nanas. Jadi saya gunakan ttimun dan mangga muda. Kemudian saya tumbuk cili padi sedikit, potong serai sikit, masukkan sedikit gula dan garam. Gaulkan. Simpan dalam fridge bagi sejuk baru best..Hehehe.. Certain ppl suka letak sedikit sos cili bagi nampka menarik sikit colournya..hehehe
~SELAMAT MENCUBA~

P/S : Saya rasa nak masak nasi ayam pulak la..huhuhu..

3 comments:

juwe said...

saya suka masakan beliau..
masakan beliau sedap...
beliau pndai msk..

Niena Farrah-Hana said...

hahaha..thx!!

sYafIk-wAy said...

saya suka menu ini . wahahaha